KEM MEMBACA 2016 DAN PROGRAM SEHARI BERSAMA DBP


NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACHAP
KOD SEKOLAH: MBA 1076
PKG: SELANDAR
TARIKH PELAKSANAAN: 4.4.2016
MASA: 8.30-10.30 PAGI
SASARAN : PELAJAR SK SERI MACHAP
PENGLIBATAN MURID : 173
PENGLIBATAN GURU : 26

LAPORAN PERJALANAN AKTIVITI

1.      Semua murid  berkumpul untuk majlis perasmian kem membaca

2.      Guru bertugas menerangkan aktiviti yang telah dan akan dijalankan

3.      Penerangan Ringkas dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka

4.      Pembahagian Kumpulan dan Ice Breaking dijalankan

5.      Cekap Minda (Majalah Pelajar)

6.      Mewarna

7.      Silang kata (Dewan Bahasa dan Pustaka)
                                                                                                          

JAWATANKUASA KERJA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016
PERINGKAT SEKOLAH

PENASIHAT
En. Othman Bin Abdul Wahid (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI
En. Jamaludin Bin Nordin (GPK 1)

PENYELARAS PROGRAM
Pn. Latipah Bt. Jantan

Setiusaha
Pn. Lilyazwa Bt. Mohamad

Naib Setiusaha
Pn. Nurhidayah Bt. Rahim

AJK
Pn. Latipah Bt. Jantan –KP B. Melayu
Pn. Rasinah Bt. Abdul – KP B. Inggeris
Pn. Haliza Bt. Abd Ghani – KP Sains
Pn. Noraslina Bt. Md Jidon – KP Matematik
Dan
AJK Panitia
                    
Kertas Kerja Program Kem Membaca 1 Malaysia 2016 Peringkat Sekolah

1.Nama Program: Kem Membaca 1 Malaysia

2. Latar belakang program:
     Program Gerakan tabiat membaca merupakan satu aktiviti utama Kementerian
     Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
     Ia bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan
     pembelajaran sepanjang hayat. Dengan ini kem membaca 1 Malaysia telah dicadagkan
     sebagai salah satu aktiviti memenuhi masa lapang murid-murid

3. Tema:
“MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA”

4. Matlamat:
     Projek ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar SK Seri Machap,
     untuk menjadikan minda dan tabiat pelajar suka membaca dalam kalangan murid.
     Seterusnya menjadi pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

5. Objekif Penganjur

5.1 Memupuk minat membaca di kalangan warga SKSM secara berterusan.
5.2 Beri Pendedahan kepada warga SKSM mengenai adanya Kem Membaca 1 Malaysia.
5.3 Memberi Peluang kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan pembukuan.
5.4 Memperkasakan Bahasa Melayu melalui pembacaan dan menterjemahkan dalam kerja yang dihasilkan.
5.5 Memberi pendedahan kepada murid-murid akan kepentingan dan pengisian Majalah Dewan Pelajar sebagai media bacaan kanak-kanak.
5.6 Memupuk keterampilan positif dan berkeyakinan untuk membuat pengucapan awam.
5.7 Melaksanakan peranan pusat sumber sekolah sebagai medium ke arah budaya membaca.
                                                         
6. Kumpulan Sasaran:
    Seluruh warga SKSM terutama murid-murid SKSM

7. Perlaksanaan
      7.1 Masa    : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
      7.2 Tempat : Dewan Serbaguna Kg. Baru Bukit Sedanan
      7.3 Jangkamasa: 
1 Hari
 7.4 Aktiviti :
 1. Ice Breaking
                 2. Cekap Minda (Dewan Pelajar)
     3. Pertandingan Mewarna
                 4. Teka Silang Kata
8. Strategi Perlaksanaan:
a. Bina Kertas Kerja
b. Perbincangan bersama Pengerusi panatia
c. Perlaksanaan program
d. “Post Mortem” dan Penyediaan Laporan
e. Hantar laporan ke pejabat

   LAMPIRAN AKTIVITI








Majlis Pelancaran Nilam 2016





NAMA PROGRAM
Majlis Pelancaran Program Nilam 2016

PENGENALAN
Nilam adalah singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan.

2. Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid.

3. Mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan

    serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

4. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca kualiti.

5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk

    Pembacaan di kawasan sekolah.

6. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

 

TARIKH PELAKSANAAN:
08 Mac 2016
MASA/TENTATIF  
10.30 pagi                                          
TEMPAT
Dewan Sk Seri Machap
SASARAN
·         Semua Murid Tahap 1 dan Tahap 2
·         Semua Guru Dan Warga SKSM


 LATAR BELAKANG PROGRAM

 Sebahagian daripada program galakkan membaca yang merangkumi semua aktiviti yang berkaitan. Tujuan dilancarkan agar memberi kesedaran kepada warga SKSM bertapa pentingnya program NILAM demi melihat murid-murid sentiasa berdamping dengan buku.

JADUAL PENGISIAN/ PELAKSANAAN PROGRAM
Atur cara
10.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa / penjaga
 11.00pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
                    : Nyanyian Lagu Negaraku
                    : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
                   : Bacaan doa oleh Ustaz Hishamudin
                   : Ucapan Tuan Guru Besar SKSM
                   : Ucapan Ketua Pen. Pengarah BTPN Melaka
-       En. Nor Hashim B. Hj. Hassan
11.30pagi  : Persembahan Koir oleh Pengawas PSS
11.45pagi  : Ucapan perasmian Pelancaran Program Nilam
                 -   YB Datuk Wira Hj. Abdul Ghafar b. Atan (Adun Asahan)
12.00 tgh  : Gimik Pelancaran Nilam Program Nilam 2016
12.30 tgh  : Peyampaian bantuan khas awal persekolahan kepada murid Tahun 6
12.45 tgh  : Penyampaian cenderahati kepada tetamu VIP
1.00 ptg    : Jamuan ringan VIP
1.10 ptg    : Ibu bapa/penjaga mengambil bantuan khas awal persekolahan daripada
                    guru kelas.
1.30 ptg     : bersurai


GAMBAR KENANGAN